Painting

Awal bulan 12 baru-baru nie Asyraf dah kena pi Pre-Kindy kat sini untuk Orentasi...Sekejap ja orentasinya. Bakal cikgu-cikgu kelas Asyraf bagi penerangan kepada parents dan jugak bagi anak-anak explore keadaan dalam kelas.

Jadinya pada hari tue,dapat lah dia painting, main tanah liat,..dengan bakal kawan-kawan baru dia.

Salah satu aktivitinya ialah painting, lepas dah habis orentasi tue Asyraf asyik dok sebut ja..Asyraf nak painting...nak painting..jadi kami belilah..tools untuk melukis tue..

Nie lah aktiviti Asyraf kat rumah...Tapi tak tahulah apa yang dia lukis tue...benda-benda Abstrak kot..kami pon tak tahu apa dia...

Kasut Volleyball

Kali nie nak share pasal kasut baru volleyball abah..namanya Mizuno Wave Blocker 7. Beli sebelum Raya Haji lepas. Beli pon selepas kumpul duit kerja part time dia...Kali nie kasut yang jenis boleh main Indoor compare sebelum nie tak berapa nak sesuai untuk main dalam indoor court.
Nie gambar depa dua beranak kat depan pintu masuk kompleks sukannya...kat sini mostly setiap Suburb ada kompleks sukan dia sendiri(ada jugak yang share). Cuma kat area rumah kami tak ada kompleks sukan(maybe sebab dekat dengan Curtin Uni). Jadinya kalau nak main volleyball kenalah langkau beberapa Suburb baru ada komplek sukan yang offer main Volleyball.


Petang Selasa lepas kami pi sana bertiga, Asyraf kali nie jadi penyokong siap bersorak lagi "Come on Abah" dok jerit banyak kali... Lepas habis game, team member abah mai usap kepala dia ..then kata " You done a very good job"....Jadi peyokong setia..dapatlah team abah menang malam tue.

Scooter

Untuk Pah, Tok Wan dengan Mak Su...inilah gambar Asyraf paling baru. Gambar di snap pada Ahad lepas ( 5/12/2010). Rambut tue abah kerat...nama fesyen dia.."Fesyen Tak Jadi - Janji Pendek"..panjang tue nama...
Asalnya kami pi Bunning Warehouse sebab nak beli lampu rumah yang dah terbakar, lepas dah beli, kami pon lajak pi ker Sandpit ( hehehe istilah dapat dalam cite humf kat ABC2)..ala tempat budak-budak main pasir kat play ground kat belakang Canning City Hall.

Dah bosan dia main pasir..time nak balik tue..Asyraf dok mintak nak naik scooter. Scooter tue memang dah ada dalam bonet kereta.

Layan ajelah, dulu time beli masa bulan 4/2010..tak berani lagi nak bagi dia main kat luaq rumah..la nie dah ok kot...

Tiamo @ UWA

Kisah 3 minggu lepas..sebelum Hari Raya AidilAdha..kami 3 beranak telah di perkenalkan oleh Farida dan Masitah untuk pi minum dan makan kat Tiamo. Kedai nie terletak di area University of Western Australia(UWA) . Kalau dari Curtin University dalam 15km ++ .


Kami berlima orderIce Mocha, Ice Chocolate pastu makan kentang goreng(kentang goreng nie yang jenis kurus-kurus(US Style kot)..bukan yang gemuk-gemuk(Australia Style)
Sedap dan harga dia amat berpatutan..maybe sebab kedai nie dok area dekat dengan tempat tinggal students.

knowledge Based System

Alhamdulillah manuscript dapat masuk Knowledge Based System Journal ....lepas kena reviewed + revised....dan menunggu dekat 5 bulan dari June sampai November...

TAPI official publishnya tak tahulah bila...tahun 2011 kot..sebab la nie kena tunggu pdf setting..Publishing Agreements..Funding Agreements..macam-macam

Rupanya banyak dan panjang proses nya.....

Update

Manuscript dah available online..tapi version Accepted Manuscript.di sini...MyManuscript