Meningitis@Virus - Part 1

Isnin lepas Asyraf demam panas. Yang peliknya hari Ahad dia ok ja, dok main kriket dengan kami, dok lumba lari dengan abah dia kat park. Tapi bangun pagi Isnin, dia jadi macam tak larat. Dia cakap dia sakit kat belakang leher dia. Pagi dia muntah sekali..petang sikit pon muntah lagi. Badan dia pon makin panas even dah beri makan liquid panadol. So kami decide petang tue, bawak dia pi klinik. Nak pi klinik kat cni punyalah susah kena booking appointment dulu. Nasib baik ada GP After Hour yang boleh terima pesakit tanpa ada appoinment tapi melayang aud90 untuk jumpa doktor saja sebab kami ni datang dengan student visa sahaja..tak ada kemudahan Medicare(insuran kesihatan orang Australia)

Yang ini gambar Asyraf di GP Bentley After Hour, kami pi dalam jam 5.30 petang. Time nie badan Asyraf panas sangat dekat 37-38 darjah...tapi dia kata dia sejuk...

Time nie Asyraf dah tak larat, lepas dah jumpa doktor, then doktor buat surat sokongan suruh kami bawak Asyraf ke Emergency Department kat Princess Margaret Hospital(PMH)..PMH nie public hospital specific untuk kanak-kanak. Doktor cakap kena refer sebab dia risau suhu badan panas sangat. Kami nie berbelah bagi nak pi ke tidak.

Yang nie pulak dalam treatment room kat klinik, doktor tak bagi dia pakai baju sebab dah panas tapi dia still cakap dia sejuk..maybe badan dia tengah dok lawan kepanasan tue dengan sejukkan badan


Kami balik rumah dulu, makan sikit, solat Maghrib dan Isyak, leps tue decide pi jugaklah,sebab bila check temperature dok macam tue ja...time nie pon dah jam9.45malam.


Then bila dah sampai di ER kat PMH, kena menunggulah jugak. Bila dah dapat jumpa doktor, doktor suspect Asyraf kena Meningitis. Sebabnya semua symptons2 meningitis ada pada dia..badan panas, muntah, tak boleh nak tengok cahaya, sakit kat belakang tengkok.

Kami nie punyalah terkejut, sebab Ahad aritu dia ok ja.Tambah sedih lagi, Doktor kata dia kena amik darah untuk blood test dan yang paling menggerunkan kami kena amik cecair dari tulang belakang(apatah nama saintifiknya--lumber spinal) untuk test kehadiran virus.

Yang nie pulak dah dalam Emergency Room kat Princess Margaret Hospital ..time nie dah jam 12.30pagi rasanya.

0 menumpang gembira: