Birthday Asyraf dan Abah

Kali nie post story pasal birthday Asyraf dengan abah dalam satu post yang sama, macam tahun lepas jugak.Asyraf pada 18 April, abahnya pulak 27 April. Gambar untuk kek Asyraf dengan hadiah dah ada dalam banyak Facebook, cuma kali nie share jugak kat blog benda yang sama, di tambah dengan hadiah birthday untuk abah dia.Yang nie gambar Asyraf dengan kek dia, kali nie dia request kek gambar Sportacus..hero pujaan dia kat ABC1. Alhamdulilah kali nie kami dapat tempah dengan seorang kawan kat sini yang pandai buat kek. Blog dia kat SINI

Yang nie pulak gambar dengan mama dia, dengan Abah dia dah ada dalam FB, nanti nak letak banyak-banyak dalam blog nie, lambat pulak dia nak load.

Yang nie pulak hadiahnya. Rail Track dengan keretapinya, tapi nie bukannya beli sekaligus, beli sikit-sikit. Time ada sales, Alhamdulillah bila dah combine jadi besarlah pulak.

Yang nie kad special, mama dan Asyraf buat sendiri, potong-potong kertas. Asyraf seronok sebab dapat guna gunting dengan gam. Macam di Kindy dia...Hasilnya jadilah kad birthday untuk abah.


Hadiah birthday abah, lambat sikit sampai sebab kena post dari Adelaide. Sebab beli secara online benda tengah ada sales. Hasilnya dapatlah...

Polar Heart Rate Watch, ada jam, ada transmitter untuk kira dengupan jantung dan kalori semasa buat senaman. So far hasil dari jaga makan dan juga senaman termasuk susah hati dok belajar nie..adalah perubahan berat badan abah dia dari lebih kurang 83kg-84kg pada bulan March2011..lanie dah masuk bulan 5..berat abah dalam range 76kg-77kg.

2 menumpang gembira:

fadhilah said...

happy birthday. besarnya train dia!

terungceweng said...

Thanks fadhilah....besaq bila di combine ngan yg lama...:)